Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara ekslusif kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang tidak terhingga. Penyusuan susu ibu secara ekslusif bermaksud :bayi HANYA diberikan dgn SUSU IBU selama ^ BULAN pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh tersebut. Selepas 6 bulan diberikan susu ibu sepenuhnya, makanan pelengkap akan mula diperkenalkan kepada bayi tersebut TETAPI penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan sehingga bayi mencapai umur 2 tahun.
Untuk membolehkan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:-
i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi. Bagi mencapai matlamat ini, ibu perlulah memilih hospital untuk bersalin di hospital yg diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi atau jika hospital yg menjadi pilihan ibu utk bersalin tidak tersenarai dlm rangkaian hospital rakan bayi, ibu perlu tegaskan kepada nurse dihospital bahawa ibu hanya mahukan bayi disusukan hanya dgn susu ibu. NO FORMULA MILK!!..dan seboleh2nya bayi diletakkan bersama-sama ibu 24 jam dan bukannya di nursery bagi memenuhi keperluan bayi juga .
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman termasuk air masak.
iii) Ibu perlu menyusukn bayi mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.
iv) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.
Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.
Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi.
Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang. Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan
hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya.
Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang paraktikal bagi keluarga dan masyarakat untuk menjimatkan wang ;)
:Olahan dari sumber Hospital Universiti Sains Malaysia:
Till then mommies..HAPPY BREASTFEEDING~~